Bahagian Wanita

Jawatankuasa Wanita PGGMB yang ditubuhkan pada awal tahun 80-an merupakan satu-satunya bahagian PGGMB yang dianggotai oleh ahli-ahli wanita sahaja bagi mengetangahkan kegiatan ahli-ahli secara berasingan dan juga atas usahasama dengan bahagian-bahagian lain, bertujuan bagi merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli di samping menyumbang pengetahuan, pengalaman dan kemahiran. Jawatankuasa ini juga merupakan ahli ke tujuh dalam Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam pada tahun 1986.

Jawatankuasa ini mempunyai 25 orang ahli wanita bagi mengetuai dan menjalankan berbagai aktiiti dalam bidang-bidang pendidikan, keagamaa, kebudayaan, kebajikan, sukan, kemasyarakan, perekonomian dan ICT. Beberapa ahli wanita juga menjawat berbagai jawatan lain di PGGMB iaitu selaku Timbalan Setiausaha Luar Negara, Timbalan Setiausaha Kewangan, SUCA-SUCA, Pengarah Kebajikan dan Pengarah Jawatankuasa Yayasan dan Pendidikan.

Jawatankuasa ini sentiasa menyokong dan mendokong aktiviti yang dijalankan oleh PGGMB di samping mengendalikan aktiviti-aktiviti sendiri yang banyak berkisar kepada majlis-majlis keagamaan, kebudayaan dan kebajikan. Ahli-ahli juga digalakkan dalam kegiatan jualan berbagai produk bagi meningkatkan ekonomi serta begiat menyumbang dalam acara-acara kebajikan dan membantu anak-anak yatim.

Di arena serantau dan antarabangsa beberapa ahli pernah hadir mewakili MWNBD dalam mesyuarat, persidanga, bengkel dan perhimpunan yang dianjurkan oleh organisasi wanita antara lain ASEAN Civil Society Conference/ ASEAN People's Forum(ACSC/APF), AICHR Workshop, ASEAN ACW, ACWO General Assembly and Meeting dan International Women General Assembly and Meeting.