Syarikat Jimat Cermat Kerjasama Dan Bantu Membantu

Pengenalan

Syarikat Jimat Cermat Kerjasama Dan Bantu Membantu (SKS & BM) didaftarkan pada 14 Janauari 1953. Antara tujuan penubuhannya ialah melatih ahli-ahli PGGMB untuk bekersama dan bantu membantu bagi mencapai maksud-maksud tertentu dengan cara meminjam daripada kumpulan wang simpanan yang ada. Setiap ahli baru PGGMB dikehendaki menjadi ahli kepada syarikat ini dan dimestikan membuat simpanan kewangan setiap bulan dengan jumlah simpanan sekurang-kurangnya sebanyak BND$20.00.

Simpanan ahli-ahli dalam syarikat ini dijadikan modal (capital) kewangan dan akan dikembangkan melalui skim pinjaman semula kepada ahli-ahli yang ingin memiliki harta-harta seperti tanah, rumah, kenderaan dan keperluan-keperluan lain. Cara pembayaran semula boleh dibuat melalui skim potongan gaji bagi ahli-ahli yang masih berkhidmat. Ahli-ahli yang sudah bersara boleh membuat pembayaran sama ada di Ibu Pejabat PGGMB, melalui bank, potong gaji pencen atau melalui Setiausaha-Setiausaha Cawangan (SUCA) di daerah tempat tinggal masing-masing.

Amalan bantu membantu sesama kita sungguh mulia di sisi Allah SWT dan selagi mana ahli-ahli merasa menikmati pinjaman itu, maka selagi itulah Allah SWT akan menurunkan rahmat ke atas hambaNya kerana menolong saudaranya yang memerlukan bantuan. Kebaikan yang akan diperolehi bukan sahaja di dunia malahan semasa berada di alam akhirat. Amalan bantu membantu juga dapat mengeratkan persaudaraan dan merapatkan silaturahim dalam kalangan ahli PGGMB pada khususnya dan mesyarakat Melayu Brunei pada umumnya.

Skim Pinjaman

Setiap ahli SKS & BM berhak mendapat faedah yang diperkenalkan melalui tiga (3) skim pinjaman yang diperkenalkan dalam skim ini, seperti berikut:

  1. SKIM PINJAMAN 4/5 DARIPADA SIMPANAN

    Skim ini membolehkan ahli-ahli membuat pinjaman 80% daripada simpanan, tanpa memerlukan penjamin.

  2. SKIM PINJAMAN TANPA CAGARAN

    Skim ini membolehkan ahli-ahli membuat pinjaman tidak lebih daripada lima (5) kali ganda daripada jumlah simpanan, dengan jumlah pinjam maksimum $30,000.00. Skim ini memerlukan insuran.

  3. Skim pinjaman melebihi $30,000.00 ke atas yang tidak melebihi $50,000.00. Skim ini membolehkan ahli membuat pinjaman tidak lebih lima (5) kali ganda daripada jumlah wang simpanan dalam SKS & BM. Skim ini menghendaki ahli untuk mendapatkan dua (2) orang penjamin yang masih berkhidmat dengan kerajaan. Skim ini memerlukan insuran.

CONTOH PINJAMAN DAN PEMBAYARAN

Jumlah Pinjaman  Bayaran Bulanan Caj Perkhidmatan 4% Jumlah Keseluruhan Bayaran
$10,000.00 $208.35 $33.35 $241.70

 

Keterangan Caj Perkhidmatan 4% Bagi Pinjaman $10,000.00

Tempoh Bayaran Jumlah Caj Perkhidmatan
Sebulan $33.35
12 Bulan $400.00
48 Bulan $1,600.00

 

Syarat Pinjamin

Setiap ahli SKS & BM hanya boleh memohon pinjaman daripada wang simpanan mereka dalam syarikat ini setelah menjadi ahli selama dua belas (12) bulan, dan mempunyai wang simpanan minimum yang dikumpulkan dalam tempoh dua belas (12) bulan.