Majlis Acara Menaikkan Bendera NBD Sempena Hari Kebangsaan Ke-36

19 Februari 2020 - Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) mengadakan Majlis Acara Menaikkan Bendera Kebangsaan NBD sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-36. Acara diadakan di Sekolah PGGMB Sungai Akar. Majlis dimulai dengan Bacaan Doa dan diteruskan dengan acara menaikkan bendera oleh dua orang penuntut sambil diiringi dengan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang dinyanyikan beramai-ramai oleh guru-guru dan murid-murid sekolah.

Hadir sama di majlis tersebut Yang Dipertua PGGMB, Cikgu Hj Yusoff bin Hj Mohamad, serta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Tadbir PGGMB. Majlis bertujuan untuk menanamkan semangat patriotisma dan cintakan kepada negara dengan melibatkan murid-murid sekolah. Tema Hari Kebangsaan Ke-36 ialah “Menjayakan Wawasan Negara”. Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam disambut pada setiap 23hb Februari.