Aktiviti-Aktiviti

Perjumpaan JKTT PGGMB Dengan BIBD

6 Ogos 2020 - Satu perjumpaan khas diadakan di hari tersebut diantara ahli-ahli JKTT PGGMB dengan Bahagian Korporat BIBD yang diadakan di Dewan Persidangan Ibu Pejabat PGGMB. Ahli-ahli JKTT PGGMB diketuai oleh Cikgu Hj Yussof bin Hj Mohamad. Pihak BIBD diwakili oleh 6 orang pegawai kanan.

Perjumpaan khusus membincangkan perkara-perkara yang kurang jelas dalam  kontrak perjanjian  Bangunan PGGMB dengan pihak  BIBD yang ditandatangani dalam tahun 2011. Perbincangan hari ini menghasilkan beberapa kemajuan. Kedua belah pihak bersetuju  untuk me review semula ketetapan-ketetapan yang sudah dibuat dalam perjanjian tersebut, khususnya berkaitan dengan sewa bangunan dan perkongsian hasil keuntungan. Kedua belah pihak bersetuju untuk membuat perjumpaan susulan dalam masa yang terdekat.