ASEAN Council of Teachers (ACT)

 

Konvensyen Majlis Guru-Guru ASEAN +1 ke-35

28 September 2019 - Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) berjaya menganjurkan Konyensyen Majlis Guru-Guru ASEAN + 1 Ke-35 (35th ACT +1 Convention) kerana  menarik  lebih 600 orang peserta, iaitu antara jumlah terbesar menyertai persidangan serantau itu. Majlis Pembukaan Rasmi disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Ambassador -at-Large, di Kementerian Hal-Ehwal Luar Negeri. Yang Teramat Mulia juga menyampaikan ucapan perasmian di majlis tersebut.

Peserta-peserta persidangan  terdiri daripada guru-guru yang mewakili persatuan-persatuan guru daripada negara-negara anggota ACT+1 yang terdiri daripada PGGMB, Persatuan Guru-Guru Republik Indonesia, National Union of The Teaching Profession Malaysia, Serawak Teachers Union, Philippine Public School Teachers Association, Singapore Teachers’ Union, Teachers Council of Thailand, National Education Union of Vietnam dan Korea Federation of Teachers’ Association.

Persidangan selama tiga hari itu membawa tema “Reducing Regional Educational Gap: Mobility of ASEAN Teachers”, satu usaha ke arah meningkatkan kualiti pendidikan melalui kerjasama  serantau. Ini merupakan kali ke-5 PGGMB menganjurkan persidangan ACT. Kali pertama ialah dalam tahun 1985.